Perkeso | Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah bermula

2022-11-30 0

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai Khamis, sejajar dengan matlamat menyediakan dan membangunkan keselamatan sosial yang komprehensif serta inklusif di Malaysia.

Perkeso dalam kenyataan berkata, SKSSR menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga.

Selain merupakan pengiktirafan kepada penglibatan mereka dalam ‘care economy’ serta pembangunan institusi keluarga.